Monday, September 15, 2014

Bagaimana nak ke Boracay dari Kuala Lumpur, Malaysia

Baru-baru ni aku ke Boracay Island, Philippine dari 7/9/2014 sampai 12/9/2014. Bukan senang nak ke sana, kena naik flight, naik van, naik bot, naik tricycle dan ambil masa 7 ke 8 jam perjalanan barulah sampai Boracay. Itu total perjalanan dari Kuala Lumpur ke Boracay. So bajet la flight departure dr KL tu belah pagi. Kalau ambik flight petang, konfom kena tido Kalibo atau Caticlan la, pastu pepagi esoknya baru masuk pulau...kan rugi masa tu. Pengangkutan utama kat sana tricycle. Beca motor la gitu. Ingat, nak ke mana2 beca penuh Php20 shj sorang. Kalau kita sorang jer naik beca tu caj dia Php75-Php100 (kira mcm charter la).


PERJALANAN PERGI :
- Tiket kapal terbang - beli la time promo. Aku dpt RM367.00 pegi dan blk, naik Airasia jer. Perjalanan 3 jam 50 minit. Print siap2 boarding pass pergi dan balik sbb dorang nak tgk jugak tiket balik.

- Hotel kalau peak season mahal tpi kalau monsun season murah sket la. Aku pegi time monsun, tak der la hari2 hujan, kdg2 satu hari panas giler. Dan nak rasa berbeza aku duduk dua tempat. 1) Balai Capiz, area bulabog (3hr2mlm RM174/Php2,400). 2) Sulu Plaza, Station 3 (4hr3mlm RM283/Php3,900). Aku book guna booking.com. Dua2 tempat ni rating dia bagus kat booking.com. Hotel kat Station 2 mmg mahal, yg murah sket area Station 3, Station 1 dan Bulabog.

- Ok sampai jer Kalibo airport aku beli simkad utk galaxy note pakej 1 minggu sbb aku pegi 6 hari. Pakej utk 1 minggu Php400/RM30 unlimited internet katanya. Yerlah kat hotel mmg ada wifi free tpi bila kat luar nanti nak jugak check in sana sini hahaha. Dia pon ada pakej utk 3 hari, 4 hari, ikut la brp lama stay sana. Bergantung masing2 lah nak beli ke tidak kan.

- Dari Kalibo airport, ambil van ke Caticlan jeti. Tak payah risau, depan pintu airport dah ada org pegang sign bod utk ke Caticlan. Php250/RM18 (sehala), harga ni dah termasuk tiket bot sekali utk ke Boracay tau. Harga ni yg paling murah. Nanti dia bagi sekali tiket bot tu. Dorang tunggu penuh satu van dulu br gerak. Perjalanan dr Kalibo airport ke Caticlan jeti 1.5 ke 2 jam.

- Sampai jer Caticlan jeti, mcm ckp tdi drebar van tu kasi tiket bot. Lepas tu kat jeti ni kena bayar "Terminal Fee" - Php25 dan "Environmental Fee - Php75. Mesti bayar. Total Php100/RM7 jer. Lepas tu isi form details kita, nama, alamat, tmpt tinggal kt Boracay, brp lama tinggal etc...dah p lah naik bot huhuhu akhirnya.

- Tak sampai 10 minit pon dah sampai jeti Boracay. Yg ambik masa tu utk loading unloading jadinya 15 minit atau lebih kdg2. Ok skrg ambik tricycle jer ke hotel. Ke Bulabog hari tu Php150/RM10 dia caj. Utk info satu tricycle penuh cuma Php20/RM1.50 jer sorang tpi sbb aku sorang, caj dia mcm tulah. Kalau ada org lain naik sekali, murah lagi. Tricycle yg murah ni terlindung sikit tempt dorang (jln sikit jer). Yg mmg dah ada parking kat jeti tu mahal Php250/RM18 sorang. Korang try la mintak Php75 atau Php100 ke hehehe


PERJALANAN BALIK :
- Dari Station 3 ke jeti Php100/RM7 tpi kalau tricycle penuh Php20/RM1.50 shj.

- Beli tiket van/bot ke Kalibo airport harga Php200/RM15 dan byr lagi utk Teminal Fee Php30/RM2. Total Php230/RM16 ini dah termasuk tiket boat dan van.

- Kat airport, sahkan flight tiket dulu kemudian bayar "Airport Tax" sebanyak Php500/RM36. Airport tax mesti byr, tak byr tak balik la hahaha


KEDAI MAKAN HALAL/MUSLIM :
- The Kingdom of Boracay. Kat Station 2, restoran ni kat lorong. Dari main road, nampak BPI Bank atau Clinic, masuk lorong tu. Atau dari pantai, nampak Red Coconut, masuk ikut lorong tepi dia. Harga mknan dia dlm Php300 ke Php500 tpi ada jugak yg murah burger, kebab dlm Php170 ke Php200. Tak sempat belek menu daaaa hehehe

- Hraki Special Arabic Shawarma. Kat sbelah Original Talipapa jer. Kari ayam+nasi Php280, mee sup Php280, nasi+ikan goreng 2 ekor+sayur alaa tak ingat la harga tpi lgi murah hehehe. Cappucino Php40.

- Ada satu lagi kedai makan halal muslim filipin punya kat D'Talipapa, Station 2. Kedai mkn no 75 (ni rujuk kat blog2 jer)

- Tru Food Indian Cuisine.  Station 2 tepi pantai jer. Ni tak halal tpi dia tak jual babi.

- Mc Donald. Kat lorong nak pegi ke hotel La Carmela. McD dia tak jual babi tpi jgn la mkn ayam dia, tak sure sembelih dia mcm mna.

- Chatime, tepi pantai jugak. Kat Station 2 dah nak sampai ke Station 3. Sini pon tak jual babi.


AKTIVITI :
Terlalu byk xtvt. Mmg enjoy giler.
- Parasailing, jet ski, helmet dive, flyfish, banana boat, wake boarding, kiteboarding, wind surfing, crystal boat, glassbottom boat, kayak, island hopping, zipline, sunset cruise,  sunset sailing, snorkeling, scuba diving etc


TEMPAT PALING POPULAR :
- D'Mall kat Station 2 (Souvenirs jgn beli sini...mahal)

- Willy's Rock - kat Station 1. Kalau time air pasang nampak mcm pulau kecik. Time air surut lah cantik ambik gambar.

- Pantai sepanjang Station 2 sentiasa penuh dgn org. Pantai kat Station 1 pasir dia paling putih dan privacy tak ramai sgt org. Pantai Station 3 kurang menarik.

- Talipapa.  Ada 3 Talipapa kat sini. Tempat mkn pegi ke D'Talipapa (ada satu kedai mkn halal). Nak beli souvenir pegi ke Original Talipapa dan pasar basah dia Bukid Talipapa. Jgn sebut Talipapa ajer nanti dorang mesti tanya balik Talipapa yg mana satu haaaa 1)D'Talipapa 2) Original Talipapa 3) Bukid Talipapa

- E-Mall kat Station 3 (tak tau kedai apa sbb tak pegi hehehe)

- Budget Mart (sbelah D'Mall jer, nk beli air ke meggi ke roti ke sinilah)

- Mc Donald (Sbelah D'Mall jugak tepi main road)


TIPS :
-Tanya jer org2 kat situ kalau tak jumpa tempat dituju. Dorang sgt peramah dan sentiasa menolong.

-Bawak lah bekal dr Malaysia siap2 meggi, roti ke apa, takot mula2 tak der selera plak nanti kan hehehe. Haaaa jgn lupa manggo shake dorang, harga berbeza2 ada Php70, ada Php80.

-Waktu sini sama dgn Malaysia. Waktu mlm kat sini cepat, 5.30pm dah sunset dah. Pukul 6.30pm dia mcm pukul 8mlm kita kat Malaysia. Sunrise pukul 5.30 pagi. Nak tgk sunrise, pegi kat area Bulabog sana. Nak tgk sunset kat white beach lah Station 1, 2 dan 3.

-Jgn lepaskan peluang hari mlm dia...sgt happening nak2 kat Station 2 samada kat pantai atau D'Mall. Kat pantai ada group maknyah buat tarian dgn api tu...apa ke nama nya entah lol. Kat D'Mall tgh2 ada statue org betul pakai baju princess+prince, ada 4-5 org (ambil gamba kena byr kot) - ada hari mlm ajer. Lagi satu kat pantai station 2 ada mermaid dgn sorang lelaki (pon sama hr mlm jer ambik gamba brp byr x tau).

-Beli souvenirs kat Original Talipapa. Harga fridge magnet kat Original Talipapa ada Php50/RM3 sebijik, ada Php70/RM5 sebijik (try la mintak kurang lgi). Tpi fridge magnet dia ceramik gedabak besar cantik, ok kot harga tu. T-shirt "I love Boracay" 2 helai Php170/RM12 (aku mintak kurang dpt Php150/RM10 hehehe). Tpi ada kedai yg mmg jual Php150 2 helai. Korang survey la semua kedai dulu. Tote bag Php150.

-Nakkan kelainan buat la rambut braided, sepanjang pantai Station 2 ada. Henna tatoo pon ada. Harga x survey plak hehehe

-Dari station 3 nak ke station 1 tak jauh, blh jln kaki jer sepanjang pantai. Tapi kalau dah penat sgt nak buat mcm mna, naik jer la beca motor dia Php20, tahan mcm tahan bas tu kat main road.

Oklah, ada apa2 yg terlepas nanti kita update. Sesiapa yg nak pergi tu, selamat bergembiraaaa!!