Recently I have been a victim of snatch theft, which happened during my holiday in Perhentian Island. This happened on Saturday(29/06/2013) around 6.40pm at Turtle beach, on my way back to my room at D'Lagoon chalet. I was alone at that time.
As I was travelling, bad things had happened to me at Perhentian Island, which listed as one of the most beautiful beaches in the world. I'm thankful to god, as with a small wound on my back, I fought back the thief by pulling my bag however he managed to escape with it into the bush.
So, to those travellers out there please be careful while you're in Perhentian Island. It's not safe anymore. There have been many reports of thefts happening in Perhentian Island, especially at long beach areas. Tourists having their belonging stolen from their room, bags stolen while left unattended on the beach while went for a swim, and now a snatch theft!!!
I'm still traumatized of what had happened. I will not keep this quiet. I will spread this news for the sake of those travellers out there who are on their way or planning to go to Perhentian. Tourists need to be alert of these threats!!...
Pulau Pangkor is an island off the coast of Perak in north-west peninsular Malaysia, reached by ferry from Lumut (a small coastal town that links to Ipoh, or from Sitiawan). Pangkor is famous for its fine beaches and a mix of low budget to 5 star accommodations. Teluk Nipah and Coral Bay on the north west of the island is extremely popular with travellers from Europe. The quality of sand in the Pasir Bogak Beach is far superior to that elsewhere on the island.
Friday, July 12, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Saya Di Ragut Di Pulau Perhentian
Kejadian ragut ke atas saya baru-baru ni semasa bercuti di Pulau Perhentian amat mengecewakan. Saya menulis untuk berkongsi pengalaman saya.
Saya kehilangan semua gadjet dan dokumen penting tapi tak apalah, dah rezeki si peragut. Alhamdullillah saya bersyukur tak apa2, cuma tangan sakit dengan luka sikit kat belakang sbb saya terjatuh masa peragut rentap beg sandang dari bahu kemudian bergelut main tarik2 beg.
Kejadian berlaku pada hari Sabtu (29/06/2013) di "Turtle Beach" (trekking 10 minit dari D'Lagoon Chalet tempat saya tinggal. Waktu berlaku 6.40 ptg masa nak balik dari Turtle beach ke chalet. Baru jer jalan dari pantai masuk trekking route, selisih dgn sorang lelaki (konfom budak pulau), melayu, bdn besar2, kulit hitam, pakai seluar pendek yang beach boy selalu pakai tu, rambut pendek hampir botak, tak pakai baju dan berkaki ayam. Dia siap senyum dan tegur saya (Hi!) lagi masa selisih tu. Dah lepas selisih jer dia rentap beg saya dari belakang sampai saya terjatuh, tali beg masih dalam genggaman saya. Mmg terkejut masa tu, sambil menjerit mintak tolong sampai nak keluar anak tekak rasa. Tak der sapa dah masa tu, 3-4 org kat pantai masa saya sampai semua dah balik. Ada 1 couple mat saleh duduk nun jauh kat atas batu tpi dorang pon tak pasti apa yg sdg berlaku.
Semasa saya duduk di pantai, sambil leka mengambil gambar...saya perasan semacam ada orang di dalam semak di belakang saya. Bila saya menoleh, memang ada dua orang lelaki memakai seluar jeans, t-shirt dan cap. Tak pasti apa yang mereka sedang buat tapi masa tu dorang berdiri tapi tak pandang saya. Saya pon teruskanlah mengambil gambar sunset yang cantik. Saya rasa mereka tu kawan peragut tulah, dan dok memerhati saya. Eeeeee seramnya, takut, fobia dan trauma bila teringatkan kejadian pada hari tu.
Sebelum masuk pulau ni hari tu dpt la jugak info dari travel agent yg uruskan transfer airport saya ke jeti, pasal tourist selalu hilang barang (duit, gadjet etc) kat chalet dan lagi dia pesan kalau kat pantai jangan tinggal beg masa pegi mandi nanti kena curi. Saya lain pulak ceritanya...kena RAGUT di pulau? Nak buat mcm mana. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Saya tau saya berada di tempat yg salah dan pada waktu yg salah masa tu tpi perkara ni tak sepatutnya berlaku. Biasa kalau jalan kat KL atau Seremban town punyalah saya berhati2 takut peragut...mmmm kat pulau??? mmg di luar jangkaan saya.
Inilah kejadian ragut yang pertama setelah 5 tahun. Rasanya kejadian ragut sebelum ni berlaku kepada pelancong asing. Bukan itu sahaja, sudah banyak kes curi berlaku di Pulau Perhentian, terutamanya di Pantai Pasir Panjang (Long Beach area). Barang2 pelancong yang ditinggalkan di dalam bilik yang elok berkunci, hilang. Beg yang ditinggalkan di pantai semasa pergi mandi pon hilang. Sekarang saya pula...di ragut. Berhati-hatilah kepada anda yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian, terutamanya di kawasan Long Beach kerana penjenayah mensasarkan pengunjung pulau untuk mencuri. Juga jangan berpecah dari kumpulan semasa trekking ke kincir angin atau ke pantai2 terpencil. Mereka bersembunyi dalam semak mengintai adakah yang boleh dijadikan mangsa.
Cuma nak berkongsi pengalaman buruk saya semasa bercuti di Perhentian. Saya masih lagi trauma dgn kejadian ni. Cukuplah setakat ni saja saya berkunjung ke Perhentian. Saya pelancong tempatan, dah banyak tempat saya pergi, Pulau Tioman, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Pangkor, Phuket, Banda Aceh, Jakarta, Medan, Sibu Sarawak, Kota Kinabalu, Kuching, Tawau dan Pulau Mabul. Tapi tak sangka ianya berakhir kat pulau yang tersenarai dalam salah satu pantai tercantik di dunia. Saya kecewa perkara ni berlaku. Ianya sedikit sebanyak merosakkan industri pelancongan Malaysia.
Saya teramat berterima kasih kpd owner chalet D'Lagoon En Razak dan isteri yang banyak membantu dari mula kejadian sampailah hari saya balik. Kebetulan hari saya check out tu, owner nk balik rumah dia. Dia pon pelawa saya keluar ke Kuala Besut naik bot dia, hantar saya buat polis report, pegi buat IC, bwk balik rumah dia sementara tunggu flight saya belah malam dan sampailah hantar saya ke airport. Duit bilik dengan makan saya selama 4 hari 3 malam belum saya bayar (semua cash hilang), dia pulak siap bagi saya duit tambang balik lagi. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa En Razak dan isteri.
Saya amat berharap pihak2 tertentu dapat membuat sesuatu bagi mengurangkan kes jenayah curi di Pulau Perhentian. Sayang sekali, pulau cantik terkenal di seluruh dunia dan menjadi tarikan pelancong asing dan dalam negeri tapi keselamatan pengunjung tak terjamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)